Khamis, 30 Julai 2009

Kasih Sayang Nabi s.a.w Terhadap Umatnya


عَنْ أَبِي مُوسَى
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ مَثَلِي وَمَثَلَ مَا بَعَثَنِيَ اللَّهُ بِهِ كَمَثَلِ رَجُلٍ أَتَى قَوْمَهُ فَقَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي رَأَيْتُ الْجَيْشَ بِعَيْنَيَّ وَإِنِّي أَنَا النَّذِيرُ الْعُرْيَانُ فَالنَّجَاءَ فَأَطَاعَهُ طَائِفَةٌ مِنْ قَوْمِهِ فَأَدْلَجُوا فَانْطَلَقُوا عَلَى مُهْلَتِهِمْ وَكَذَّبَتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ فَأَصْبَحُوا مَكَانَهُمْ فَصَبَّحَهُمْ الْجَيْشُ فَأَهْلَكَهُمْ وَاجْتَاحَهُمْ فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ أَطَاعَنِي وَاتَّبَعَ مَا جِئْتُ بِهِ وَمَثَلُ مَنْ عَصَانِي وَكَذَّبَ مَا جِئْتُ بِهِ مِنْ الْحَقِّ
Hadis Abu Musa r.a:
Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Sesungguhnya perumpamaanku sebagai utusan Allah, adalah seperti seorang lelaki yang menemui kaumnya seraya berkata: Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah melihat dengan mata kepala kamu sendiri sekumpulan pasukan. Sesungguhnya aku adalah orang yang memberi peringatan. Carilah keselamatan, maka sebahagian dari kaumnya ada yang patuh, malam-malam mereka berangkat dengan tidak terburu-buru. Manakala sebahagian lagi mereka mendustakan, di mana sehingga pagi hari mereka masih berada di tempatnya. Pada pagi itu pula, pasukan tersebut menghancurkan mereka hingga tidak ada yang tinggal. Maka itu adalah perumpamaan orang-orang yang patuh kepadaku dan mengikuti misi yang aku bawa serta perumpamaan orang yang derhaka kepadaku dan mendustakan misi kebenaran yang aku bawa.

HADIS RIWAYAT MUSLIM)
KITAB : Kelebihan
BAB : Kasih Sayang Nabi s.a.w Terhadap Umatnya Dan Memperingatkan Mereka Dari Perkara perkara Yang Membahayakan

Rabu, 22 Julai 2009

Nabi s.a.w Bersabda: Dalam Seratus Tahun Akan Datang, Manusia Yang Hidup Sekarang Ini (Di Zaman Rasulullah) Tidak Akan Ada Lagi Di Atas Muka Bumi Ini


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ قَالَ مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا و قَالَ عَبْدٌ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ أَخْبَرَنِي سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ وَأَبُو بَكْرِ بْنُ سُلَيْمَانَ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ قَالَ
صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ صَلَاةَ الْعِشَاءِ فِي آخِرِ حَيَاتِهِ فَلَمَّا سَلَّمَ قَامَ فَقَالَ أَرَأَيْتَكُمْ لَيْلَتَكُمْ هَذِهِ فَإِنَّ عَلَى رَأْسِ مِائَةِ سَنَةٍ مِنْهَا لَا يَبْقَى مِمَّنْ هُوَ عَلَى ظَهْرِ الْأَرْضِ أَحَدٌ قَالَ ابْنُ عُمَرَ فَوَهَلَ النَّاسُ فِي مَقَالَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تِلْكَ فِيمَا يَتَحَدَّثُونَ مِنْ هَذِهِ الْأَحَادِيثِ عَنْ مِائَةِ سَنَةٍ وَإِنَّمَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَبْقَى مِمَّنْ هُوَ الْيَوْمَ عَلَى ظَهْرِ الْأَرْضِ أَحَدٌ يُرِيدُ بِذَلِكَ أَنْ يَنْخَرِمَ ذَلِكَ الْقَرْنُ
Hadis Abdullah bin Umar r.a katanya: Suatu malam Rasulullah s.a.w bersembahyang Isyak bersama kami (di akhir hayatnya). Setelah memberi salam, baginda s.a.w berdiri dan bersabda: Tahukah kamu akan malam ini? Sesungguhnya seratus tahun akan datang tidak akan ada lagi seorang pun manusia di atas muka bumi ini. Ibnu Umar berkata: Orang ramai salah faham mengenai sabda Rasulullah s.a.w itu, mereka bercakap-cakap tentang Hadis tersebut terutamanya mengenai Kiamat seratus tahun akan datang. Sedangkan maksud Rasulullah ialah, tidak ada seorang pun manusia yang hidup sekarang ini (zaman Rasulullah) akan hidup pada seratus tahun yang akan datang, dengan kata lain kurun itu sudah berlalu.


(HADIS RIWAYAT MUSLIM)
KITAB : Kelebihan Para Sahabat R.A
BAB :Nabi s.a.w Bersabda: Dalam Seratus Tahun Akan Datang, Manusia Yang Hidup Sekarang Ini (Di Zaman Rasulullah) Tidak Akan Ada Lagi Di Atas Muka Bumi Ini

Selasa, 21 Julai 2009

Kelebihan Para Sahabat dan Orang orang Yang Hampir Dengan Zaman Sahabat



عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يَغْزُو فِئَامٌ مِنْ النَّاسِ فَيُقَالُ لَهُمْ فِيكُمْ مَنْ رَأَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَقُولُونَ نَعَمْ فَيُفْتَحُ لَهُمْ ثُمَّ يَغْزُو فِئَامٌ مِنْ النَّاسِ فَيُقَالُ لَهُمْ فِيكُمْ مَنْ رَأَى مَنْ صَحِبَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَقُولُونَ نَعَمْ فَيُفْتَحُ لَهُمْ ثُمَّ يَغْزُو فِئَامٌ مِنْ النَّاسِ فَيُقَالُ لَهُمْ هَلْ فِيكُمْ مَنْ رَأَى مَنْ صَحِبَ مَنْ صَحِبَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَقُولُونَ نَعَمْ فَيُفْتَحُ لَهُمْ


Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Nabi s.a.w bersabda: Akan tiba suatu zaman di mana segolongan manusia akan berperang dan mereka ditanya: Adakah di antara kamu orang yang pernah melihat Rasulullah? Mereka menjawab: Ya. Maka mereka diberi kemenangan, kemudian datang lagi segolongan manusia yang berperang dan mereka ditanya: Adakah di antara kamu orang yang pernah melihat sahabat Rasulullah s.a.w? Mereka menjawab: Ya. Maka mereka di beri kemenangan. Setelah itu datang lagi segolongan manusia yang berperang, lalu ditanya kepada mereka: Adakah di antara kamu yang melihat sahabat Rasulullah? Mereka menjawab: Ya. Maka mereka di beri kemenangan.



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ أُمَّتِي الْقَرْنُ الَّذِينَ يَلُونِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَجِيءُ قَوْمٌ تَسْبِقُ شَهَادَةُ أَحَدِهِمْ يَمِينَهُ وَيَمِينُهُ شَهَادَتَهُ

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik umatku ialah mereka yang hidup sezaman denganku, kemudian mereka yang hidup sezaman dengan sahabatku, selepas itu mereka yang hidup selepas mereka (sahabat r.a.) Selepas itu akan datang satu kaum di mana penyaksian salah seorang daripada mereka mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului penyaksiannya.


HADIS RIWAYAT MUSLIM)
KITAB : Kelebihan Para Sahabat R.A
BAB : Kelebihan Para Sahabat dan Orang orang Yang Hampir Dengan Zaman Sahabat

Rabu, 8 Julai 2009

Kabilah Yang Terbaik Daripada Kabilah Ansar



حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ بَشَّارٍ وَاللَّفْظُ لِابْنِ الْمُثَنَّى قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ سَمِعْتُ قَتَادَةَ يُحَدِّثُ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِي أُسَيْدٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ دُورِ الْأَنْصَارِ بَنُو النَّجَّارِ ثُمَّ بَنُو عَبْدِ الْأَشْهَلِ ثُمَّ بَنُو الْحَارِثِ بْنِ الْخَزْرَجِ ثُمَّ بَنُو سَاعِدَةَ وَفِي كُلِّ دُورِ الْأَنْصَارِ خَيْرٌ فَقَالَ سَعْدٌ مَا أَرَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا قَدْ فَضَّلَ عَلَيْنَا فَقِيلَ قَدْ فَضَّلَكُمْ عَلَى كَثِيرٍ


Hadis Abu Usaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik kabilah Ansar ialah Bani Najjar, selepas itu Bani Abdul Asyhal, selepas itu Bani Al-Harith bin Al-Khazraj, selepas itu Bani Saidah. Sementara itu, pada setiap kabilah Ansar ada kebaikan. Saad berkata: Setahu aku, Rasulullah s.a.w mengutamakan kami. Ada yang berkata: Baginda s.a.w mengutamakan kamu dari kaum lain.


(HADIS RIWAYAT MUSLIM)

KITAB : Kelebihan Para Sahabat R.A

BAB : Kabilah Yang Terbaik Daripada Kabilah Ansar

Ahad, 5 Julai 2009

Sebahagian Dari Kelebihan Orang orang Ansar



حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَمُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ وَاللَّفْظُ لِابْنِ الْمُثَنَّى قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ سَمِعْتُ قَتَادَةَ يُحَدِّثُ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْأَنْصَارَ كَرِشِي وَعَيْبَتِي وَإِنَّ النَّاسَ سَيَكْثُرُونَ وَيَقِلُّونَ فَاقْبَلُوا مِنْ مُحْسِنِهِمْ وَاعْفُوا عَنْ مُسِيئِهِمْ


Hadis Anas bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kaum Ansar adalah golonganku dan kaum kepercayaanku. Walaupun manusia akan bertambah atau berkurang, namun mereka boleh menerima kebaikan kaum Ansar dan memaafkan kesalahan mereka.

(HADIS RIWAYAT MUSLIM)

KITAB : Kelebihan Para Sahabat R.A

BAB : Sebahagian Dari Kelebihan Orang orang Ansar