حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ الْأَشْعَرِيُّ وَأَبُو كُرَيْبٍ جَمِيعًا عَنْ أَبِي أُسَامَةَ قَالَ أَبُو عَامِرٍ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ حَدَّثَنَا بُرَيْدٌ عَنْ جَدِّهِ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ:
كُنْتُ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ نَازِلٌ بِالْجِعْرَانَةِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ وَمَعَهُ بِلَالٌ فَأَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ أَلَا تُنْجِزُ لِي يَا مُحَمَّدُ مَا وَعَدْتَنِي فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْشِرْ فَقَالَ لَهُ الْأَعْرَابِيُّ أَكْثَرْتَ عَلَيَّ مِنْ أَبْشِرْ فَأَقْبَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَبِي مُوسَى وَبِلَالٍ كَهَيْئَةِ الْغَضْبَانِ فَقَالَ إِنَّ هَذَا قَدْ رَدَّ الْبُشْرَى فَاقْبَلَا أَنْتُمَا فَقَالَا قَبِلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ثُمَّ دَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَدَحٍ فِيهِ مَاءٌ فَغَسَلَ يَدَيْهِ وَوَجْهَهُ فِيهِ وَمَجَّ فِيهِ ثُمَّ قَالَ اشْرَبَا مِنْهُ وَأَفْرِغَا عَلَى وُجُوهِكُمَا وَنُحُورِكُمَا وَأَبْشِرَا فَأَخَذَا الْقَدَحَ فَفَعَلَا مَا أَمَرَهُمَا بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَادَتْهُمَا أُمُّ سَلَمَةَ مِنْ وَرَاءِ السِّتْرِ أَفْضِلَا لِأُمِّكُمَا مِمَّا فِي إِنَائِكُمَا فَأَفْضَلَا لَهَا مِنْهُ طَائِفَةً
Hadis Abu Musa r.a katanya:
Aku bersama Nabi s.a.w, iaitu semasa baginda berada di Ja'ranah yang terletak antara Mekah dan Madinah. Baginda ditemani oleh Bilal. Ketika itu seorang arab desa datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Muhammad! Adakah kamu laksanakan apa yang telah kamu janjikan padaku. Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Bergembiralah. Lelaki itu berkata: Kamu sudah berapa kali meminta supaya aku bergembira. Dengan nada marah Rasulullah s.a.w bersabda kepada Abu Musa dan Bilal: Orang itu menolak kegembiraan, kamu berdua sahajalah yang menerimanya. Keduanya berkata: Wahai Rasulullah! Kami menerimanya. Kemudian Rasulullah s.a.w meminta bekas yang berisi air. Rasulullah s.a.w membasuh tangan dan mukanya serta meludah ke dalam bekas itu dan baginda s.a.w bersabda: Kamu berdua minumlah air ini serta membasuh muka dan tengkuk kamu serta bergembiralah. Keduanya melakukan apa yang di perintahkan oleh Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba Ummu Sulaim berkata kepada mereka dari balik tabir: Simpanlah sedikit air itu untuk ibu kamu, maka mereka pun menyimpannya untuk ibu mereka.
(HADIS RIWAYAT MUSLIM)
KITAB : Kelebihan Para Sahabat R.A
BAB : Bab Sebahagian Dari Kelebihan Abu Musa Al Asy'ariy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan