Khamis, 14 Mei 2009

Kelebihan Zaid bin Harithah Dan Usamah bin Zaid R.A


حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْقَارِيُّ عَنْ مُوسَى بْنِ عُقْبَةَ عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ مَا كُنَّا نَدْعُو زَيْدَ بْنَ حَارِثَةَ إِلَّا زَيْدَ بْنَ مُحَمَّدٍ حَتَّى نَزَلَ فِي الْقُرْآنِ { ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ }

Hadis Ibnu Umar r.a:
Kami tidak memanggil Zaid bin Harithah tetapi kami memanggilnya Zaid bin Muhammad, sehinggalah diturunkan ayat: ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ Yang bermaksud: Panggillah mereka iaitu anak angkat dengan berlatarbelakangkan bapa mereka, itulah yang lebih adil di sisi Allah.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ أَنَّهُ سَمِعَ ابْنَ عُمَرَ يَقُول: بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْثًا وَأَمَّرَ عَلَيْهِمْ أُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ فَطَعَنَ النَّاسُ فِي إِمْرَتِهِ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنْ تَطْعَنُوا فِي إِمْرَتِهِ فَقَدْ كُنْتُمْ تَطْعَنُونَ فِي إِمْرَةِ أَبِيهِ مِنْ قَبْلُ وَايْمُ اللَّهِ إِنْ كَانَ لَخَلِيقًا لِلْإِمْرَةِ وَإِنْ كَانَ لَمِنْ أَحَبِّ النَّاسِ إِلَيَّ وَإِنَّ هَذَا لَمِنْ أَحَبِّ النَّاسِ إِلَيَّ بَعْدَهُ
Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Rasulullah s.a.w mengutuskan satu pasukan dan memerintah Usamah bin Zaid supaya memimpin satu pasukan, tetapi orang ramai menentang perintah Usamah. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya kamu menentang perintahnya bermakna kamu menentang perintah ayahnya sebelum ini. Demi Allah, beliau mampu menjadi pemimpin kerana ayahnya merupakan seorang yang aku cintai dan beliau juga adalah seorang yang aku cintai.

(HADIS RIWAYAT MUSLIM)
Bab Kelebihan Zaid bin Harithah Dan Usamah bin Zaid R.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan