Rabu, 20 Mei 2009

Sebahagian Dari Kelebihan Abdullah Bin Mas'ud


حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْحَنْظَلِيُّ أَخْبَرَنَا عَبْدَةُ بْنُ سُلَيْمَانَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ شَقِيقٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُ قَالَ
{ وَمَنْ يَغْلُلْ يَأْتِ بِمَا غَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ }
ثُمَّ قَالَ عَلَى قِرَاءَةِ مَنْ تَأْمُرُونِي أَنْ أَقْرَأَ فَلَقَدْ قَرَأْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِضْعًا وَسَبْعِينَ سُورَةً وَلَقَدْ عَلِمَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنِّي أَعْلَمُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَلَوْ أَعْلَمُ أَنَّ أَحَدًا أَعْلَمُ مِنِّي لَرَحَلْتُ إِلَيْهِ قَالَ شَقِيقٌ فَجَلَسْتُ فِي حَلَقِ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَمَا سَمِعْتُ أَحَدًا يَرُدُّ ذَلِكَ عَلَيْهِ وَلَا يَعِيبُهُ

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Berdasarkan bacaan siapakah kamu menyuruhku membaca? Sesungguhnya aku pernah membaca di hadapan Rasulullah s.a.w lebih dari tujuh puluh surah. Para sahabat Rasulullah s.a.w telah mengetahui bahawa aku lebih mengetahui daripada mereka tentang kitab Allah. Seandainya aku tahu ada orang lain yang lebih tahu daripada aku tentu aku akan pergi menemuinya. Syaqiq berkata: Kemudian aku duduk bersama para sahabat Muhammad s.a.w dan aku tidak mendengar walaupun seorang yang membangkang pengakuannya itu.


حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَمُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ قَالَا حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ شَقِيقٍ عَنْ مَسْرُوقٍ قَالَ
كُنَّا نَأْتِي عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو فَنَتَحَدَّثُ إِلَيْهِ وَقَالَ ابْنُ نُمَيْرٍ عِنْدَهُ فَذَكَرْنَا يَوْمًا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ فَقَالَ لَقَدْ ذَكَرْتُمْ رَجُلًا لَا أَزَالُ أُحِبُّهُ بَعْدَ شَيْءٍ سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ خُذُوا الْقُرْآنَ مِنْ أَرْبَعَةٍ مِنْ ابْنِ أُمِّ عَبْدٍ فَبَدَأَ بِهِ وَمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ وَأُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ وَسَالِمٍ مَوْلَى أَبِي حُذَيْفَةَ

Hadis Abdullah bin Amru r.a:
Diriwayatkan daripada Masruq katanya: Kami mengunjungi Abdullah bin Amru dan kami berbincang dengannya, Ibnu Numair berkata: Suatu hari ketika kami berada di sisinya, kami telah berkata tentang Abdullah bin Mas'ud. Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya kamu bercakap mengenai lelaki yang aku sayangi, iaitu setelah aku mendengar sesuatu daripada Rasulullah s.a.w. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Ambillah Quran dari empat orang; iaitu dari Ibnu Ummu Abdu yang dimulai dengannya, dari Muaz bin Jabal, dari Ubai bin Kaab dan dari Salim iaitu orang suruhan Abu Huzaifah.

(HADIS RIWAYAT MUSLIM)
KITAB: Kelebihan Para Sahabat R.A
Bab : Bab Sebahagian Dari Kelebihan Abdullah Bin Mas'ud

Tiada ulasan:

Catat Ulasan